Showing posts with label mymode. Show all posts
Showing posts with label mymode. Show all posts
PERNIAGAAN MLM UNTUK SEMUA
Author: myshahizamLast Updated on: Wednesday, 12 August, 2009.
PENGENALAN MENGENAI MULTI LEVEL MARKETING (MLM)
Anda mungkin pernah mendengar mengenai MLM dari rakan-rakan, kaum keluarga malah mungkin pernah membaca buku, artikel atau forum di internet. Saya yakin banyak yang negatif daripada positif yang telah anda dengar. Ini kadangkala membuatkan ada diantara mereka yang terus menolak MLM tanpa mengetahui konsep sebenar perniagaan ini. Tahukah anda perniagaan berkonsepkan MLM telah bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1945? Ya... sudah lebih 60 tahun yang lalu! Mengapa perniagaan MLM ini dapat bertahan sebegitu lama? Sudah tentu kerana cara MLM ini memang terbukti dapat menjana pendapatan sampingan malah ramai yang telah menjadi Jutawan kerananya. Di Malaysia, perniagaan MLM mula bertapak pada era 70an lagi. Perniagaan ini juga adalah sah di sisi undang-undang dimana setiap syarikat yang menjalankannya perlu mempunyai lesen perniagaan dan tertakluk kepada Akta Jualan Langsung 1993 yang dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kerajaan juga menggalakkan semua rakyat Malaysia menceburi bidang ini dengan menganjurkan Konvensyen dan Ekspo Jualan Langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tahun 2006.
Petikan dari Akhbar Berita Harian April 2006: "Persekutuan Jualan Langsung Dunia dalam laporannya 14 Mac lalu, mengiktiraf Malaysia sebagai negara keempat selepas Jepun, Korea dan Taiwan yang menghasilkan jualan tertinggi industri jualan langsung dengan pendapatan RM5.22 bilion"
BAGAIMANA MLM BOLEH MENGHASILKAN KEUNTUNGAN?
Produk yang dijual dengan kaedah biasa banyak menggunakan khidmat orang tengah untuk menyampaikan produk kepada pengguna. Sebagai contoh sebotol shampoo yang berharga RM10, mungkin kos sebenarnya adalah RM4 sahaja. Pengilang menjual kepada pemborong dengan harga RM5 manakala pemborong pula menjual kepada pengedar dengan harga RM7. Pengedar menjual kepada peruncit dengan harga RM9 yang menyebabkan pengguna membeli shampoo tersebut pada harga RM10. Selain kos mengedar, jenama shampoo tersebut perlu juga diiklankan. Maka tidak hairanlah harga produk meningkat dan yang menjadi mangsanya adalah pengguna seperti kita.
Perniagaan berkonsepkan MLM pula menggunakan kaedah berlainan dimana produk yang sama akan dibeli oleh pengguna dengan harga RM10, sama seperti harga biasa. Kosnya juga RM4. Tetapi keuntungan sebanyak RM6 tadi diagihkan terus kepada syarikat dan ahli-ahli MLM dalam bentuk bonus. Sebagai contoh syarikat MLM mendapat 40%, ahli MLM level 1 mendapat 30%, level 2 mendapat 15%, level 3 mendapat 5% dan seterusnya. Produk yang dijual pula tidak perlu diiklankan kerana faedah dan kebaikan produk disampaikan sendiri oleh ahli MLM semasa menjual produk. Kaedah sebeginilah yang membolehkan ahli MLM mendapat keuntungan berganda!
APAKAH CIRI-CIRI PERNIAGAAN BERKONSEPKAN MLM?
Ø Modal permulaan yang rendah. Kebiasaannya Syarikat MLM akan mengenakan yuran penyertaan (sekali sahaja). Yuran ini untuk menampung kos menghasilkan ‘Kit Perniagaan’ dan menampung kos membangunkan sistem perniagaan.
Ø Mempunyai pelan pemasaran yang jelas.
Ø Kebiasaannya anda perlu kekalkan minimum point value atau PV untuk melayakkan anda mendapat bonus.
Ø Produk ditawarkan adalah pelbagai. Kebanyakkannya memerlukan anda mengambil barang di stokis. Namun, ada juga yang menggunakan kaedah ‘pos’ untuk menghantar barang.
Ø Produk ditawarkan adalah berkualiti dan setanding dengan produk lain dipasaran.
Ø Bukan perniagaan ‘Sistem Piramid’ dimana downline mengkayakan upline. Dalam MLM, downline boleh mendapat pendapatan yang lebih daripada upline sekiranya berusaha dengan lebih gigih.
Ø MLM adalah perniagaan yang boleh diwarisi.
Ø Menggunakan konsep Duplikasi iaitu downline meniru kaedah yang dilakukan upline. Jika upline mengekalkan 100PV setiap bulan, downline juga perlu mengekalkan 100PV dan seterusnya.
Ø Mempunyai syarat tertentu untuk kenaikan pangkat. Sebagai contoh, perlu ada sekurang-kurangnya 5 orang downline.
MENGAPA ANDA PERLU SERTAI MLM?
Cara perniagaan MLM sememangnya telah terbukti. Pilihlah syarikat MLM yang menawarkan produk yang sememangnya anda gunakan. Bayangkan anda membeli sesuatu produk dengan harga yang lebih murah dan sekiranya anda berkongsi kebaikan produk tersebut dengan orang lain, anda berpeluang mendapat bonus-bonus seperti bonus ‘overriding’, bonus kepimpinan dan sebagainya. Menarik bukan? Anda tidak akan rugi malah mendapat pendapatan tambahan melalui barangan yang sememangnya anda gunakan (barangan keperluan anda). Jika anda tidak sertai MLM pun anda perlu membeli barangan tersebut bukan? Jadi apa salahnya anda mencuba? Jadikan MLM satu cabang pendapatan tambahan anda! Jika anda mendapat pendapatan tambahan RM500 setiap bulan dan melaburkan wang tersebut di ASB (purata kadar faedah 8% setahun), cuba anda ambil kalkulator atau kira guna ‘excel’ berapa yang anda dapat dalam masa 10 tahun? Anda akan mendapat RM 93,872.92!! Itu sekiranya pendapatan anda kekal RM500 setiap bulan. Perlu diingatkan pendapatan melalui MLM kebiasannya bertambah dari bulan ke bulan seterusnya disebabkan aktiviti penajaan oleh downline anda. Jadi, tidak hairanlah ada yang menjadi Jutawan dek kerana MLM ini. Sekiranya proffession anda sekarang sebagai seorang doktor, jangan bila dah berjaya dalam MLM nanti, anda berhenti kerja, kita akan kekurangan doktor pula. Jika anda seorang pelajar institusi pengajian tinggi, jangan disebabkan MLM ini, anda gagal dalam pengajian pula. Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah pilihlah syarikat MLM yang tidak membebankan anda.
KESIMPULAN
Saya berharap artikel ringkas ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pemahaman anda mengenai perniagaan berkonsepkan MLM dan dapat menjawab segala kemusykilan betapa AJAIBnya perniagaan ini seterusnya memulakan langkah ke arah menjadi seorang "pengguna yang bijak". Akhir kata dari saya, pengguna yang bijak faedahnya banyak dan selamat berjaya dalam perniagaan MLM!
Author: myshahizam@gmail.comWEBSITE BERKAITAN MLM:
--> NEW Shopping di Petronas, Giant & Kamdar boleh dapat bonus?: SVR2u.net
--> Isu Halal Haram Perniagaan MLM: 'Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM'
--> Perniagaan Prepaid Paling Hot: Topup Prepaid Melalui SMS
--> Portal Perniagaan MLM Malaysia: Senarai syarikat yang menjalankan perniagaan MLM
--> Portal Usahawan: Portal Usahawan Malaysia
--> Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
HANDPHONE: Asset atau Liability??
Handphone adalah satu LIABILITY tidak kira betapa canggih dan betapa mahal harganya.
Tetapi...
Tidak kira semurah manapun ia, selagi ia mampu menjana keuntungan bagi diri anda, ia adalah ASSET.
Jadi...
Jadikan handphone anda penjana pendapatan!!
Memperkenalkan MyMode:
Perniagaan ‘Must Buy Product’ iaitu Reload Prepaid yang mengaplikasikan urusniaga melalui SMS.
Saya telah menemui perniagaan MLM yang cukup hebat! Saya katakan hebat kerana perniagaan MLM ini tiada minimum point atau PV yang perlu dikekalkan setiap bulan, tidak memerlukan anda mengambil barangan di stokis, pelan pemasaran yang mudah, bonus diberi setiap minggu dan produknya dipasarkan kepada lebih 20 Juta pengguna seluruh Malaysia.
MyMode adalah jenama produk kepada Syarikat Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (618758-H) yang berdaftar secara sah dan halal di Malaysia. MyMode juga telah didaftarkan sebagai Pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)]. Syarikat yang berdiri teguh ini diterajui oleh Datin Fara H. Dalela, sebagai pengerusinya. Ia telah didaftarkan pada tahun 2003 dan sehingga kini telah mempunyai lebih dari 155,000 orang agent di seluruh malaysia. Ia juga telah memenangi beberapa award di peringkat antarabangsa seperti ''The 4th Asia Pacific/Malaysia e-Entreprenuer Excellence Award'' dan '' The 4th Asia Pacific International Honesty Enterprise - Keris Award 2005 ''.

Handphone anda sebenarnya cukup berkuasa. Bukan sekadar gaya komunikasi yang canggih...malah ia cukup berfungsi untuk menjana pendapatan!!! Tidak percaya?!! Ia boleh jadi mesin Wang!!! Cukup Mudah!!! Cukup Hebat!!!
KEPERLUAN ASAS UNTUK BERMULA?
1. HANDPHONE. Asalkan anda ada handphone yang ada fungsi untuk menghantar SMS.
2. Tahu berSMS.
3. Modal mula: RM65 (Yuran penyertaan sekali sahaja)
BILA BOLEH MULA?
Sebaik sahaja handphone anda didaftarkan, 30 saat selepas itu anda akan menerima 4 digit Nombor PIN. Anda terus boleh reload sendiri prepaid anda serta berpeluang menjual top-up kepada orang lain SERTA-MERTA!
APA RELOAD PREPAID YANG ADA?
CONTOH ARAHAN SMS
Tidak dinafikan produk prabayar adalah merupakan antara produk yang agak kecil margin keuntungannya. Tapi kenapa semakin hari semakin banyak kedai yang memilih perniagaan ini? KERANA PERMINTAAN! Ini adalah produk yang paling stabil permintaannya dan tidak akan putus. Asal saja jika kita mampu menghasilkan volume jualan yang besar, maka sudah pasti keuntungan juga besar.
SISTEM YANG CANGGIH DAN TELUS!!
Syarikat telah mewujudkan 10 Gateway mengikut telco-telco tertentu yang anda boleh gunakan sama ada Celcom (013/019), Maxis (012/017) atau Digi (016). Anda akan diberikan Nombor PIN untuk mengakses ke ruangan ahli dimana semua kegiatan perniagaan anda direkodkan. Segala aktiviti atau urusniaga anda akan dicatatkan dalam masa sebenar oleh sistem. Tiada kesilapan, tiada penipuan. Semuanya boleh dipantau sendiri melalui Mobile Lounge MyMode yang disediakan oleh pihak syarikat. Antara lain anda boleh memeriksa penyata jualan anda, penyata bonus, pengiraan bonus, senarai downline, aktiviti downline, promosi dan pelbagai lagi.
ISU HALAL & HARAM DALAM PERNIAGAAN MyMode
Mungkin ada yang bertanya “MLM MyMode ni HALAL ke? Banyak sangat perniagaan internet yang haram, sampai keluar fatwa pun ada. MyMode bagaimana pula?” Saya faham bagaimana persoalan ini timbul. Tambahan pula apabila isu ‘pelaburan internet’ yang difatwakan sebagai haram sedang hangat diperkatakan. Mereka merupakan 'money game' yang menggunakan sistem piramid. Tiada usaha, tiada produk jualan, hanya masukkan duit kemudian tunggu, sama seperti skim cepat kaya. Anda boleh baca satu artikel yang ditulis oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman bertajuk 'Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM'
Antara Bentuk MLM yang Haram atau syubhat menurut Ust Zaharuddin:
1) Harga tinggi dari biasa: Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa - MyMode menjual produknya pada harga yang sama dengan pasaran luar. Contohnya reload Celcom RM10 tetap dijual dengan harga RM10.
2) Jualan target sebagai syarat komisyen: Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya - Dalam MyMode, sekiranya anda hanya mampu menjual sekeping reload topup berharga RM10, maka anda tetap layak mendapat rebate dari pembelian tadi kecuali jika langsung tiada penjualan dilakukan maka anda tidak akan mendapat apa-apa.
3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline) - Jelas Mymode menjalankan perniagaan reload prepaid secara SMS. Produk-produk yang diniagakan seperti topup maxis, celcom, italk, prepaid tmnet, Jaring dan lain-lain.
4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram - Tiada paksaan dalam pembelian produknya. Samada anda membeli dari MyMode atau berjalan kaki ke kedai handphone untuk mendapatkan reload prepaid, ianya tetap merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan harian kita.
Ust Zaharuddin bagaimanapun ada menyarankan sekiranya kita ingin menceburi bidang perniagaan MLM ini, perlu memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahannya.
6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan 'syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?
Note: Kumpulan saya menjalankan operasi di internet (dibawah kumpulan Prepaid4U.Net). Setiap maklumat downline terdapat dalam database walaupun ianya sudah berada diperingkat ke 30 dan semuanya mendapat layanan sama rata. Guideline, starterkit, bantuan forum, email newsletter dan lain-lain kaedah pembelajaran dan motivasi diberikan kepada semua tidak kira level berapa sekalipun.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
TAWARAN UNTUK ANDA!!
Anda telah bersedia untuk menyertai MyMode dibawah kumpulan Prepaid4U?
Anda akan mendapat web personal prepaid4u, guideline lengkap prepaid4u dan petua serta tip daripada ahli MyMode yang telah berjaya.
Prepaid4u.net merupakan antara kumpulan pertama yang menjalankan perniagaan MyMode dengan pendekatan 100% Online dengan pengalaman hampir 2 tahun dalam bidang ini. Ia juga merupakan kumpulan pertama yang mendapat kepercayaan pihak syarikat yang mengiktiraf kumpulan ini sebagai ”Authorized 3rd Party Website bagi MyMode".
Jika berminat, apa yang perlu anda buat hanyalah:
1. Buka website referral saya di http://prepaid4u.net/?id=myshahizam
2. Isi dan submit borang pendaftaran keahlian percuma terlebih dahulu.
3. Setelah selesai, Login ke ruangan ahli dengan menggunakan USERID dan PASSWORD yang telah anda daftarkan tadi.
4. Klick Menu UPGRADE VIP. Kemudian baca langkah-langkah pembayaran yuran keahlian.
Anda hanya perlu bayar RM60.00 (Saya beri Insentif RM5!!)
Dengan modal anda sebanyak RM60 tadi, RM11.00 atau 11 MyPoints akan dimasukkan ke dalam akaun MyMode anda untuk modal pusingan pertama. Ini bermakna pelaburan anda hanya RM49.00 sahaja!!
KENAPA ANDA PERLU YAKIN DENGAN MyMode?
1) MyMode satu-satunya syarikat prepaid yang berjaya menjalinkan kerjasama erat dengan salah sebuah bank yang terbesar di Malaysia, iaitu MAYBANK BERHAD. Sekarang urusan memasukkan modal ke akaun MyMode anda menjadi lebih mudah. Lihatlah MyMode tertera di skrin ATM Maybank anda. (Anda boleh rujuk sendiri di laman web rasmi maybank2u disini: http://www.maybank2u.com.my/maybank_group/products_services/e-channels/mymode.shtml)
MyMode mengambil masa 2 tahun untuk menyakinkan sebuah bank terkemuka di Malaysia untuk meletakkan sistem mymode di setiap mesin ATM mereka setelah melihat kemampuan MyMode mentadbir dan menjana keuntungan setiap hari. Bukannya mudah sebuah syarikat bumiputera berasaskan MLM hendak meyakinkan Maybank. Adakah bukti ini tidak cukup untuk meyakinkan anda???
2) SATU-SATUNYA PROGRAM PREPAID MENYEDIAKAN PROGRAM KEBAJIKAN! MyMode sentiasa menitik beratkan kebajikan ahlinya. Bukan itu sahaja, waris ahli juga dijaga. Dengan program MCCP (MyMode Community Care Programme), sekiranya ahli yang menyertai meninggal dunia, waris terdekat akan menerima sumbangan dari dana khas yang dikumpulkan. Semoga dapat meringankan beban tanggungan kita..
3) MyMode BUKAN skim cepat kaya, piramid, money games, saham internet atau derma. MyMode merupakan program berkonsep MLM yang menjual produk-produk keperluan kepada 18 juta rakyat Malaysia masa kini, iaitu PREPAID HANDPHONE. Agen MyMode menyediakan dan menjual produk-produk hebat CELCOM, MAXIS, serta iTALK, Ring-Ring Card, TM Net dan Jaring 24 jam sehari dimana-mana sahaja mereka berada melalui kecanggihan teknologi SMS.
4) Penambahan modal MyMode juga boleh dilakukan secara ONLINE. Saya rasa inilah berita yang dinanti-nantikan selama ini. Kini Agent MyMode boleh menambah modal secara Online dengan menggunakan CIMB clicks. Antara masalah terbesar yang dialami oleh agent MyMode sebelum ini adalah proses menambah modal yang agak melecehkan dan menyebabkan kita terpaksa ke bank atau mesin ATM. Dengan adanya sistem penambahan modal secara online ini, boleh dikatakan perniagaan ini menjadi jauh lebih praktikal dari yang sebelumnya. Inilah salah satu bukti menunjukkan pihak syarikat sentiasa cuba menyelesaikan masalah dan memudahkan para agent MyMode dalam menjalankan perniagaan ini.
Ini merupakan kaedah menambah nilai Mypoint cara online yang terbaru dilancarkan. Kini agent MyMode boleh menambah nilai Mypoint hanya dihadapan komputer tanpa perlu keluar dari rumah. Caranya jauh lebih mudah tanpa memerlukan arahan SMS dan proses pengesahan menjadi 2X lebih mudah menggunakan CIMB Online & CIMB Bazar. Ia bukan sahaja boleh menerima transaksi menggunakan CIMB Bank, malah Bank Islam, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank.
p/s: Website Prepaid4U.Net kini boleh diakses dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, English dan Chinese. Ini akan meluaskan lagi skop prospek bagi yang menjadi downline group ini.
Versi Bahasa Melayu: http://Prepaid4U.Net/?id=myshahizam
English Version: http://Prepaid4U.Net/eindex.php?id=myshahizam
Chinese Version: http://Prepaid4U.Net/cindex.php?id=myshahizam
Semua info pasal MyMode ada di web berkenaan (prepaid4u). Tak perlu saya jelaskan panjang lebar disini kerana semuanya telah terjawab di bahagian F.A.Q (mesti baca), forum ataupun dalam content web berkenaan sendiri. Just follow the procedure. All instruction was IDIOT PROOF :) Percayalah, orang buta IT pun boleh join tanpa masalah.
Jangan tunggu lagi.. Jom sertai kami!
Categories
- malaysia (1)
- mlm (1)
- myecash (1)
- mymode (1)
- prepaid4u (1)
- semua (1)


